Followers

Monday 18 March 2013



Birthday anak yang baru lepas dua minggu yang lalu.. Kak Long buatlah sedikit makan yang lebih dari biasa. Kebetulan pulak Suami berpuasa.. jadi elok sangat la tu Majlis Harijadi dan Berbuka Puasa...Hari Isnin.. Jadi anak-anak semua ke sekolah..Kak Long buat Laksa, Mee Kering Goreng, Kari Ayam, Satay (anak-anak tolong bakar), Sayur Campur, Lychee campur Nata, buah Betik....


Ha!! tak muat meja.. Macam berbuka puasa di bulan Ramadan..
Abg long ada beli birthday cake. Simpan dalam freezer. Birthday boy tak nampak pun. Sebab dia balik sekolah, mandi, sembahyang, makan tangahari lepas tu pergi sekolah balik sebab ada latihan bola..
Petang nak dekat berbuka baru dia balik.
Semua makana siap awal lagi. Nak berbuka sempatlah mandi kejap salin baju. Kami anak-beranak je dengan penuh keterujaan menunggu azan magrib yg dilaungkan dari masjid berhampiran..
Bila azan magrib di laungkan.. Abg Long pun membaca doa berbuka puasa & doa makan. Kami sekeluarga pun mulalah menikmati juadah yang disediakan tadi dengan penuh selera.
Semua nak di rasa.. anak-anak Kak Long lepas satu makan-makanan ke satu makanan. Akhir sekali baru lah keluarkan kek harijadi


Punya lah seronok kami anak-beranak menyanyi meraikan Birthday Boy.. Tersipu-sipu dia bila Ibu, Ayah, Abg & adik-adik terjerit-jerit menyanyikan "Allah selamatkan kamu......."
Hahahaha...... Seronok habis walaupun kami anak-beranak jer...



Tuesday 12 March 2013

Kak Long sibuk sikit kebelakangan ni..
Sibuk dengan event rasmi & event yg tak rasmi..
Ahad yang baru lalu ni sibuk dengan Malaysia Holiday Event..


200 Orang makan...
Menu nya...
Mee Hoon Goreng.
Nasi Goreng.
Kari Ayam.
Kuih Ketayap.
Samosa Sayur.
Buah.
Sirap Ais.
Teh O..


Ini lah pembantu-pembantu yang tolong buat Samosa Sayur..
Samosa ni buat sehari sebelum.. banyak juga keja... Petang tu buat inti kelapa untuk Kuih Ketayap sekali..
Kelapa parut dah siap beli awal paginya masa keluar "Coffee for Two" dengan Abg Long..
Seronok keluar berdua-duan dengan Abg Long jer.. (anak-anak dah gi sekolah)..
 Kitorang makan ni ha.....

Abg Long makan Me Bandug...
Kak Long plak...

Kak Long lak makan Rojak Mee........
Sedap... Kenyang...

Berbalik balik pada persiapan  untuk Malaysia Holiday..
Ni ha inti kelapa yang Kak Long dah siap masak.... guna gula merah tau...
Sedap... manis gula merah tu lain dari gula pasir.. kan...

Esoknya baru buat Kuih Ketayap..
Pagi-pagi dah bangun mula memasak.. Mula buat kulit kuih ketayap dulu sambil buat sarapan pagi untuk suami & anak-anak. Anak Kak Long yang UPSR tu ada perlawanan bola sepak lak. Kena berkumpul awal-awal pagi di sekolah untuk menaiki bus yang disediakan... Tercapai sana, tercapai sini.. Nak buat itu, nak buat ini... Abg Long tolong sekali di dapur...
Buat kulit Kuih Ketayap leceh.. sekeping.. sekeping..sekeping.. berjam-jam jugak mengadap kulit Kuih Ketayap jer... 

Susun elok-elok baru la orang berminat nak makan..

Tu belum masuk menu yang lain-lain lg.. Sambil-sambil tu Abg Long dah masak nasi untuk buat nasi goreng.. Mee hoon dah rendam dari bangun tadi..
Naikkan pula Kari Ayam.. Kentang & Carrot Abg Long dah siap dadu-dadu, tinggal nak campak kedalam kari  je..

Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih sampai naik bau..
Masukan pula bawang putih, bawang merah & sedikit halia sehingga sedikit garing..
Masukan pula rempah kari daging yang dah di jadikan paste & tumis hingga rempah kari tu garing (bertukar warna). Bila dah naik minyak, barulah di masukkan kentang & carrot tadi... Masukkan air.. biarkan mendidih biar sampai kentang & carrot tadi empuk (lembut)..
Ha..! macam rancangan memasak lak...


Bila kentang & carrot tadi dah empuk barulah dileburkan ayam-ayam tadi ke dalam...
Perah je air asam sekali kedalam.. masuk selkali garam & sedikit gula mengikut rasa.. jangan manis sangat macam nak buat air. Agak-agak mengikut rasa.. 


Tak pakai MSG ya.. Kalau nak pakai boleh gak.. Biarkan Kari tu mendidih & ayam tu masak... jangan didihkan lama-lama nanti ayam tu hancur. Kalau ayam kampung tak apa...



Sambil-sambil tu goreng Samosa gak kat dapur yang lain...
Ini Samosa Sayur yang buat beramai-ramai semalam..
Dibekukan dalam freezer. Kel;uarkan & goreng dalam minyak yang betul-betul panas ya..
Kalau minyak tak cukup panas nanti ia serap minyak pulak... Dah berminyak-minyak popiah tu...


Menggoreng tu pun kena lah elok-elok.. minyak yang betul-betul panas & jangan terlalu lama takut berubah warna jadi hangus pulak... Ni yang tolong goreng ni anak bujang Kak Long tau.. dilatih..
Bial dah masak & dah garing kulit Samosa tu.. keluarkan dan susun elok-elok dalam tray..
Macam ni..

Elok-elok nak kasi Orang makan....

Sambil-sambil tu Abg Long buat air.. 2 Tong..
Lepas tu goreng Mee Hoon.. Bahan-bahannya ni aje.. Telur, fish ball, fish cake, kuchai & taugeh..


Potong semuanya, basuh bersih-bersih sebab kuchai ni kadang-kadang ada yang dah kuning-kuning atau dah lembik-lembik. Tak elok nak kasi orang makan..



Tumis le bawang putih, bawang merah & cili kisar sampai garing..
Masukkan garam, gula & kicap pekat (untuk warna)..
Lepas tu nak kena goreng nasi pulak..

Dah siap segalanya. Hantar lak kat sini
Malaysia Holiday Event
Diorng tunggu YB datang untuk rasmikan...


Habis... siap basuh tray-tray..
Kata Bos Malaysia Holiday, Ayam Kari tu sedap...

Boleh hubungi Kak Long di 0196054293
zuraidahismail28@yahoo.com