Followers

Monday 18 March 2013



Birthday anak yang baru lepas dua minggu yang lalu.. Kak Long buatlah sedikit makan yang lebih dari biasa. Kebetulan pulak Suami berpuasa.. jadi elok sangat la tu Majlis Harijadi dan Berbuka Puasa...Hari Isnin.. Jadi anak-anak semua ke sekolah..Kak Long buat Laksa, Mee Kering Goreng, Kari Ayam, Satay (anak-anak tolong bakar), Sayur Campur, Lychee campur Nata, buah Betik....


Ha!! tak muat meja.. Macam berbuka puasa di bulan Ramadan..
Abg long ada beli birthday cake. Simpan dalam freezer. Birthday boy tak nampak pun. Sebab dia balik sekolah, mandi, sembahyang, makan tangahari lepas tu pergi sekolah balik sebab ada latihan bola..
Petang nak dekat berbuka baru dia balik.
Semua makana siap awal lagi. Nak berbuka sempatlah mandi kejap salin baju. Kami anak-beranak je dengan penuh keterujaan menunggu azan magrib yg dilaungkan dari masjid berhampiran..
Bila azan magrib di laungkan.. Abg Long pun membaca doa berbuka puasa & doa makan. Kami sekeluarga pun mulalah menikmati juadah yang disediakan tadi dengan penuh selera.
Semua nak di rasa.. anak-anak Kak Long lepas satu makan-makanan ke satu makanan. Akhir sekali baru lah keluarkan kek harijadi


Punya lah seronok kami anak-beranak menyanyi meraikan Birthday Boy.. Tersipu-sipu dia bila Ibu, Ayah, Abg & adik-adik terjerit-jerit menyanyikan "Allah selamatkan kamu......."
Hahahaha...... Seronok habis walaupun kami anak-beranak jer...



No comments:

Post a Comment